let give some donour for me :)

center>

Followers

keistimewaan lady bird

salam semua...
ary nie yus nak  bgtau kat semua reader pasal keistimewaan ladybird...binatang yng plng yus sker....







Ladybird sebenarnya banyak spesis, lebih kurang 5000 spesis ladybird di seluruh dunia. Ia merupakan serangga yang paling famouse di dunia dan dikenali dengan pelbagai nama seperti ladybug (North America), ladybird beetles (Eropah) dan turut dikenali dengan nama lady beetle. Semuanya terdapat perkataan "lady", kenapa yer? Mungkin disebabkan ia mempunyai kecantikan seperti seorang wanita. :) Wanitakan diciptakan dengan kecantikan yang sempurna, sebaik-baik ciptaan yang telah Allah jadikan. 

Sewaktu peringkat bayi, ladybird berbentuk seperti ulat beluncas, tetapi agak montok dan pendek. Apabila telah matang, ia bersalin kulit dan membentuk seperti ladybird yang kita  dapat tengok sekarang.

Ladybird ni terdiri daripada pelbagai warna, ada yang berwarna kuning, merah dan ada juga yang berwarna jingga serta dihiasi dengan bintik-bintik hitam pada badannya. Struktur badan ladybird juga comel seperti kubah.   Kebanyakan ladybird Allah jadikan berwarna terang-terang dan cantik dengan bintik-bintik di badannya yang lebih terserlah. Pasti Allah ciptakan sesuatu itu bersebab dan mempunyai hikmah yang tersendiri. 

Bagi seorang wanita, Allah melarang kita daripada memakai pakaian yang berwarna terang kerana ia boleh merangsang minat lelaki untuk mendatangi kita.. Tetapi berbeza dengan ladybird. Allah ciptakan ia dengan warna-warna yang terang dan garang sebagai benteng pertahanan diri. Warna yang terang ini merupakan amaran kepada pemangsa kerana ia bermaksud tidak mempunyai rasa yang sedap malah beracun jika dimakan.

Selain daripada warnanya yang terang, ladybird juga akan mengeluarkan bau yang busuk (darah/ bahan kimia) daripada sendi kaki mereka sebagai benteng pertahanan diri supaya burung dan serangga tidak mendekati mereka. "Darah" mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci dan boleh membawa maut kepada pemangsa. Berbeza dengan wanita,  Allah tidak mengurniakan kita dengan rembesan bau-bauan busuk untuk mengelakkan diri daripada diganggu, sebaliknya kita perlu belajar seni mempertahankan diri di samping memakai pakaian yang menutup aurat dan mempunyai warna-warna yang kusam yang tidak menarik pandangan lelaki ajnabi.

Ladybird ni seperti juga wanita, ia merupakan serangga yang paling banyak mendiami kawasan di dunia. Ia terdapat dari kawasan tropika hinggalah ke kawasan sejuk. Ia boleh berhibernasi sepanjang musim sejuk dan kembali aktif setelah musim panas menjelang. Bagi manusia, berhibernasi ni seolah-olah bertapalah.. :.

Ladybird ini merupakan kumbang yang baik. Mereka boleh dianggap sebagai sahabat baik petani. Ia memakan afid yang memakan sap sel pada tanaman. Terdapat sesetengah spesis ladybird hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan. 

Satu lagi keistimewaan ladybird adalah, ia mampu mengetahui/ mengesan (meramal) cuaca enam bulan awal. Maka ia boleh bersiap sedia awal sebelum tibanya musim tersebut. 

Jangka hayat ladybird singkat sangat-sangat, hanyalah setahun. Terdapat fakta menyatakan bahawa bilangan bintik hitam pada badan mereka bergantung kepada umur mereka, dan sebenarnya fakta ini auta semata-mata.

Inilah serba ringkas kupasan kehidupan ladybird.. Kalau dulu senang jer nak jumpe ladybird di mana-mana.. tetapi sekarang terlalu sukar... Kerana pembangunan, banyak spesis ladybird pupus dan berkurangan.. dengan kehidupan sekarang yang banyak pancarobanya,  pencemarannya, buruan manusia/ binatang, terlalu sukar untuk ladybird hidup di bumi ini.. semakin hari bilangan ladybird semakin berkurangan..  


No comments:

Post a Comment