let give some donour for me :)

center>

Followers

fakta tentang pepatung


pengenalan

epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan bedasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalatlebahsemut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.


Pepatung dewasa suka makan serangga, lalat, nyamuk dan serangga kecil lainnya. Mereka juga kadang-kadang makan kupu-kupu, rama-rama dan lebah. Kalau pepatung tu besar, ikan kecil pun boleh dimakan olehnye. 

Kitaran hidup

Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air, menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti beruduikan dan lain-lain. Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.
Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama 4 bulan.

Pepatung dalam kehidupan manusia

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballoyang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva.
Gambar-gambar menarik tentang pepatung adalah biasa dalam Art Nouveau, terutamanya dalam mereka bentuk barang kemas. Ia juga digunakan sebagai motif dekoratif pada fabrik dan hiasan rumah.
________________________________________________________________________

Dragonfly in different language:
 Afrikaans: naaldekoker

 Aklanon: tambibidli 
 Arabic: منسوب الماء (mansūb ul-mā') 
 Belarusian: страказа f.
 Binisayâ: tambuburay
 Bosnian: vilin konjic m., vilinski konjic m.
 Breton: nadoz-aer f. nadozioù-aer pl.
 Bulgarian: водно конче n.
 Catalan: libèl·lula f., cavall de serp m., espiadimonis m., tallanassos m., teixidor m., barratgina f..
 Chinese: 蜻蜓 (qīngtíng)
 Croatian: vilinski konjic m.
 Czech: vážka f.
 Dutch: libel f., libelle f.
 Erzya: салмуксонь салы (salmuksonj salï)
 Esperanto: libelo
 Estonian: kiil
 Finnish: sudenkorento
 French: libellule f.
 Galician: cabalo do demo m., libélula f.
 German: Libelle f.
 Greek: λιβελλούλη (livelúli) f.
 Hawaiian: pīnao
 Hebrew: שפירית (shapirit)
 Hiligaynon: tumbak-tumbak
 Hungarian: szitakötő
 Ilocano: tuwato
 Irish: snáthaid mhór
 Isthmus Zapotec: sumpirinisa, xhumpirinisa
 Italian: libellula f.
 Japanese:Chi-n chi-n, tonbo
 Komi: юрси гусь (jurxji guxj)
 Korean: 잠자리 (jamjari)
 Latin: libellula f. Latvian: spāre f.
 Lithuanian: laumžirgis m., žirgelis m., skėtė f. (some species), strėlikė f. (some species)
 Malay: capung, pepatung, sesibu
 Malayalam: (thumbi)
 Maltese: debba tax-xitan f., ħelikopter
 Norwegian: øyenstikker m.
 Persian: تصنيف هجائی (tasnif hedja'i)
 Polish: ważka f.
 Portuguese: libélula f.
 Romanian: libelulă f.
 Russian: стрекоза (strekozá) f.
 Sanskrit: प्राचिका (prācikā)
 Scottish Gaelic: tarbhan-nathrach m., cuileag-lasrach f.
 Serbian: - Cyrillic: вилин коњиц m., вилински коњиц m. - Roman: vilin konjic m., vilinski konjic m. 
 Slovene: kačji pastir m.
 Spanish: libélula f.
 Swedish: trollslända
 Tagalog: tutubi
 Telugu: తూనీగ (tooneega)
 Thai: แมลงปอ (mælongpo)
 Tibetan: nam do bhu 
 Turkish: kızböceği, yusufçuk
 Vietnamese: con chuồn chuồn

No comments:

Post a Comment